|
|
SEJARAH LOKASI PELANCONGAN KEBUDAYAAN DIREKTORI PELANCONGAN
|
Johor Bahru
Bangunan Sultan Ibrahim
![]()
Info
Pada tahun 1937, Kerajaan Johor telah mempersetujui agar pembinaan bangunan Sultan Ibrahim adalah berdasarkan pelan dan rekabentuk yang dihasilkan oleh Syarikat Palmer dan Turner. Senibina yang dihasilkan itu adalah gabungan senibina Melayu Johor, Islam dan Kolonial. Sekali gus, upacara pecah tanah telah dilakukan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota pada 7hb November 1938.
Bangunan yang telah menelan belanja RM2,000,000.00 ini telah siap sepenuhnya pada tahun 1942. Luas kawasan adalah 68,000 meter². Satu Majlis Jamuan Makan Malam di Istana Besar telah diadakan pada 3hb November 1942 bagi meraikan pembukaan pejabat di Bukit Timbalan.
Sehingga kini, bangunan ini masih lagi tersegam indah dan dikagumi.
Yuran Masuk
Masjid Abu Bakar
Info
Pembinaan masjid ini telah memakan masa selama 8 tahun (1893-1900) dengan kos perbelanjaan sebanyak RM400,000. Seorang jurutera tempatan telah diberi kepercayaan dalam menjayakan projek pembinaan masjid tersebut iaitu Datuk Yahaya Awaludin dengan pengawasan kerja oleh Batwip Mohd. Arif.
Senibina masjid ini adalah gabungan senibina Islam dan Barat Neo-Klasik. Ianya mempunyai 4 buah anjung dan setiap anjung mempunyai menara kubah.
Sesungguhnya, Masjid Abu Bakar merupakan salah sebuah bangunan yang telah disenaraikan oleh Jabatan Muzium dan Antik sebagai nilai warisan yang dilindungi.
Jalan Ke Sana
Yuran Masuk
Waktu Dibuka Untuk Pelawat
Muzium DiRaja Sultan Abu Bakar
Info
Pada awal tahun 1990an, Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar telah memutuskan bahawa orang ramai sepatutnya diberi peluang untuk melihat Koleksi Keluarga Diraja di dalam muzium yang sempurna dan tersusun. Baginda juga telah menitahkan agar Istana Besar ditukarkan menjadi muzium dan pada masa yang sama masih digunakan untuk Majlis-majlis Keraian dan Adat istiadat Diraja Johor. Dengan itu, Baginda telah mengisytiharkan dengan rasminya pembukaan Muzium Diraja Sultan Abu Bakar pada 11 Mei 1990.
Di dalam muzium ini, tersimpan pelbagai khazanah berharga keluarga Di raja Johor termasuk hasil seni, kelengkapan, peralatan adat istiadat, senjata rasmi, pingat dan darjah kebesaran serta koleksi perhiasan yang diperbuat dari emas, perak dan belian.
Yuran Masuk
Waktu Lawatan
Jalan Ke Sana
Hubungi
Dataran Bandaraya Johor Bahru
Info
Jalan Ke Sana
Galeri Seni Johor
Info
Oleh kerana ciri-ciri seni binanya yang menarik, bangunan ini telah dipilih untuk dijadikan sebagai Galeri Seni Johor dan dirasmikan pada 29 Januari 1994 oleh Menteri Besar Johor pada masa itu. Pada ketika itu, galeri ini menjadi tempat pengumpulan dan pameran artifak bersejarah terutamanya yang berkaitan dengan seni dan budaya negeri Johor secara bersepadu. Galeri ini menerima kunjungan yang menggalakkan daripada pelawat-pelawat dalam dan luar negara.
Kerja-kerja menaik taraf bangunan ini dimulakan pada tahun 2000. Pada tahun 2003 cadangan telah dibuat untuk menjadikan galeri ini sebagai Galeri Seni Lukis sepenuhnya dan berfungsi sebagai pusat pendidikan, pengumpulan, peragaan, pendokumentasian, rujukan serta tempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seni lukis. Galeri Seni Johor dibuka semula kepada orang ramai pada 6 Mei 2003. Upacara perasmiannya dilakukan oleh Y.A.B Dato' Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor.
Waktu Lawatan
Yuran Masuk
Jalan Ke Sana
Hubungi
Pusat Kraftangan Rumah MAWAR
Info
Demonstrasi membuat kraftangan juga ada dipersembahkan untuk pengunjung yang hadir.
Waktu Lawatan
Yuran Masuk
Jalan Ke Sana
Hubungi
Danga Bay
Info
Kawasanya yang terletak di persisiran pantai telah menjadikan ianya tempat yang amat sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti luaran seperti beristirehat, beriadah, berhibur, menjamu selera dan berkelah. Tambahan pula, pengunjung boleh menaiki bot atau feri untuk menikmati dengan lebih dekat lagi keindahan alam dan melihat pusat perikanan yang boleh diperolehi di Kampung Melayu.
Jalan Ke Sana
Hubungi
Makam DiRaja Johor
Info
Yuran Masuk
Jalan Ke Sana
Muzium Layang-layang Pasir Gudang
Info
Muzium ini bukan sahaja mempamerkan wau tradisional malahan layang-layang moden yang pelbagai bentuk, rupa dan warna. Pengunjung juga akan dapat melihat demonstrasi membuat wau yang dipaparkan melalui audio dan visual. Setiap tahun, penganjuran Festival Layang-layang Peringkat Antarabangsa akan diadakan dan ianya telah menarik beribu-ribu pengunjung untuk datang.
Jalan Ke Sana
Zoo Johor Bahru
Info
Terdapat kira 100 spesis haiwan di dalam kawasan yang seluas 5 hektar ini. Selain melihat sepsis haiwan, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti seperti manaiki kuda dan paddle boat .
Waktu Lawatan
Yuran Masuk
Jalan Ke Sana
|